Bagi yang baru hendak bermula menggunakan samada ketam kayu manual yang baru ataupun yang terpakai, sedikit panduan mudah untuk memasang pasah/skap/serut/ketam kayu:
Bahagian set ketam kayu manual
'Deburring' Sisi Bilah Mata Ketam
Bagi bilah mata ketam manual yang baru, selalunya sisi bilah sedikit tajam berbanding bilah mata ketam terpakai.
Kita pinjam bahasa Inggeris: Deburring.
Bahasa mudah, kita 'matikan' atau 'tumpulkan' sisi bilah ketam, bukannya mata ketam.
Mungkin boleh gunakan kertas pasir
Ataupun kikir besi yang halus matanya.
Memasang 'chipbreaker'
Mudah ja.., pasangkan 'chipbreaker' di hadapan bilah ketam dengan skrunya di bahagian belakang.
Jarak antara mata ketam dan 'chipbreaker'
Masukkan bilah mata ketam dan pasak..
Mudah juga..
Ada masa dan ketikanya, kita memerlukan ketam tanpa menggunakan chipbreaker. Mungkin kerana semasa membeli ketam terpakai, chipbreaker tiada ataupun hilang. Mungkin boleh di cari(dibeli) di pasar karat., itupun kalau masih ada.
Inserting wedge: Press firmly with your hands before using hammer/mallet.
Tanpa chipbreaker, kerja mengetam mungkin sedikit bermasalah.
Ada masanya pula, bila kita mengetam, tidak memerlukan chipbreaker atas sebab serutan kayu selalu tersangkut di dalam badan ketam kerana 'clearance' antara mulut ketam dan mata ketam tersangat sedikit(seperti ketam kayu buatan Hongkong(China) seperti di bawah)
Antara sebahagian jenis wedge/chipbreaker
Lihat Mata Ketam: Pilih tahap ikut kerja
Bila memasang pasak/baji, gunalah barang yang sesuai untuk mengetuk pasak. Kayu pon boleh, asalkan jangan martol paku(Hammer). Cepat pula jahanam ketam kayu kita.
Ada masanya saya gunakan 'plastic mallet'.
Cara saya: Freestyle tarik ketam ke belakang. Ikut cara penukang Jepun..
Ada masanya, tolak pun guna..
Kita pilih cara sesuai mengetam. Tiada masalah.
Ketuk di sini: Longgarkan wedge dan bilah ketam
Menajamkan Bilah Mata Ketam(Pasah) Manual - Cara Paul Sellers
Lihat cara penukang Jepun membetulkan Kanna(ketam) 4:10
Jumpa lagi di lain masa, insyaAllah.
-- --
Menyerut Papan: Berbagai cara manual..Buat saja (Sept 2015)
Waaahhhh sgt berguna cara pasang ketam kayu utk sy suami isteri yg xtau ilmu pertukangan ni...puas belek2 mcmne nak fix kan ketam kayu ni .thankssss
ReplyDeleteNo prob. Sama-sama. Asah mata ketam selalu. Selamat bertukang!
DeleteTkasih diatas perkongsian yg sgt2 berguna ini.. sbb sy 1st time hr ini utk menggunakan keketam kayu..
ReplyDeleteSama-sama tuan Hairi Hamid.
ReplyDeleteSelamat mengetam dan bertukang! Back to basics..Yeah!