Saturday, September 5, 2015

Menyerut Kayu: Berbagai Cara Manual...Buat Saja

Sebelum disambung..

Namanya pun menyerut papan..
Lebih kepada manual daripada menggunakan berbagai mesin ketam.
Bukannya kita hendak kejar masa, badan kita pun bukannya mesin.
Namanya pun sekadar hobi, bukan industri perabut.


Coffee Table Top: Kechil-kechilan

Skil tangan, mata, rasa, ambil masa.. Belajar perlahan-lahan.
Kan ianya sekadar hobi..

Bukannya mencari penyakit...tapi sekadar mengeluarkan keringat berbanding riadah di padang. Tempat berbeza, caranya pun banyak beza.. kita buat saja.


Meratakan antara sambungan papan

Menyerut kayu #1: Take our time to learn. 
Kayu pun banyak jenis, banyak juga cara gunanya. Kalau tidak jadi perabut, mungkin boleh juga sebagai 'art collection'. Kita tafsir sendiri, gunapakai sendiri(syok pun sendiri juga). Usah dirisaukan ianya 'kurang cantek' - sebabnya ianya kerja tangan kita yang pertama, mungkin kedua, mungkin ketiga kalinya(atau tahun).


Pastikan bilah mata ketam sentasa tajam(Asahlah... selalu)

Menyerut  kayu #2: Kemahiran menyerut(mahupun bertukang) bukan datang sekelip mata. Jadi usah ribut-ribut mahu projek siap segera. Ianya ambil masa(dan juga kemahuan) Mengetam papan secara manual jauh beza dengan segala ketam mesin. Arah urat kayu hendak dilihat, mahupun dirasa dengan tangan. 

Ada masa betul arah kita menyerut papan. Bila rasa 'ketat', ataupun hasilnya umpama 'digigit-gigit', mungkin kita perlu rehat sebentar..ambil masa lihat dan amati(sambil ambil kembali kederat yang semakin hilang.) Kita minum kopi dulu!

The tougher part: Kot nu tak boleh, kot ni pun tak boleh

Meratakan antara sambungan papan : Kalaulah ada ketam 9" atau keatas, baru sedap bekerja. Beza dengan smoothing plane yang kecil 7", ketam manual yang panjang(trying plane atau jointer plane), lain pula kerjanya.



Mencari ketam manual 9", 10" mahupun yang lebih panjang, semakin payah. Mungkin yang mudah adalah dengan 'laminate' kayu 3 keping seumpama 'Krenov Style'. Kalau di 'Google'kan James Krenov Hand Planes lebih mudah.

Homemade: Small Scraping Plane(bukan style Krenov)
...boleh juga digunakan untuk menanggalkan cat/varnish  lama 

Menyerut kayu #3: Buat ketam manual untuk gunapakai sesuatu kerja. Kadang-kadang kita perlu juga buat sesuatu yang sudah jarang digunakan di Malaysia. Bukannya sebab kita mahu undur kebelakang.. Tapi ianya suatu proses belajar. 

Slightly better now: Selepas menggunakan 'scraping plane' dan scraper(..err pisau dapur)

Hasilnya


 Bahagian belakang 'table top': Serutkan dia juga !


Tambah nilai: 1 sen payah dicari

Sesudah diserut, amplas, varnish



Cukup sekadar gambar dan cerita kali ini.
"Skills' perlu diasah setiap masa, begitu juga bilah mata ketam, pahat mahupun gergaji. Jumpa lagi, InsyaAllah.





Kerusi Lama-Restoration: The Missing Curve. Boleh baca di sini.
http://ipohview.blogspot.my/2015/01/kerusi-kayu-004-part-2-missing-curve.html


Kerusi Lipat: Siap satu..datang satu lagi. Boleh baca di sini.
http://ipohview.blogspot.my/2015/01/kerusi-lipat-siap-satu-datang-satu-lagi.html


Next .. Reupholster-Part 2: The Not So Good, The Bad, The Ugly. Klik di sini  >>

http://ipohview.blogspot.com/2015/07/kusyen-kerusi-daripada-melendutkepada.html

http://ipohview.blogspot.com/2015/07/small-trestle-table-finalebiar-kecil.html

http://ipohview.blogspot.com/2015/06/meranti-kitchen-cabinet-finale-lachi.html

http://ipohview.blogspot.my/2015/01/recycle-repurpose-meja-kecil-outdoor.html