Sunday, November 25, 2018

Restorasi Kechil : Portable Gramophone

Portable Gramophone 72rpm

Sekadar kerja kerja kechil di waktu terluang.  Ada yang meminta untuk dibaikpulih kotak portable gramophone lama. Asalnya empunya gramophone inginkan kotak dibaikpulih sahaja...akhirnya sebahagian besar alat gramophone diservis, serta dihantar untuk proses 'gilap dan rechrome'.



Rumit: itu sahaja yang boleh diperkatakan.












Sedikit tambahan

Terima kaseh kerana singah-singgah sebentar di blog ini.


Akhirnya ditambahbaik dengan empunya gramophone membeli soundbox yang lebih baik beserta 'brake'.

Saturday, October 13, 2018

Tweak, Lubricate, Fine Tune : New Bench Top Hollow Chisel Mortiser


Mesin baru di beli
Bukan semuanya boleh terus digunapakai.

Adakalanya ia telah lama 'terperok' di kedai peralatan mesin, kerana ianya jarang dapat di jual berbanding 'power tools'. Kena pula ianya mesin yang telah jarang digunakan di negara kita.

Jadi kenalah dilakukan sedikit tweaking, lubricating dan sedikit fine tuning untuk memudahkan kita bila menggunakan mesin yang baru dibeli.


Benchtop Hollow Chisel Mortiser Baru : ... lakukan sedikit fine tuning

Mesin Benchtop HCM light duty yang baru di beli di utara Semenanjung, sedikit liat (ketat) sewaktu pertama kali cuba digunakan.

Mesinnya bukan lah secanggih CNC, tapi bolehlah digunakan untuk kerja kerja kechil tanggam menanggam..


Buka, servis, tambah sedikit minyak, pasang kembali, fine tune x & y axis slider, laraskan spring.. bukannya ambil masa berhari-hari. Sehari pun sudah memadai.



Repurpose: Bangku lama, diubah suai tambah table top untuk BTHCM


Buat aja: Boleh juga jadi kabinet simpan mini air compressor.


Pintu BTHCM: Kita tempek-tempekkan saja merbau, meranti.



Berjumpa lagi di lain masa, in sya Allah.
Be safe.

Thursday, June 7, 2018

Minimalis Ramadhan Wall Cabinet : ...the finale

Minimalis Wall Cabinet
Sekadar gambar..
Tiada Ceritha





Dry fit: Sebelum PU clear coat

Side Panel: Plyboo







Wednesday, May 30, 2018

Kabinet Ketchil Ramadhan : Bamboo Edging




Sekadar karya kechil di bulan Ramadhan.

Temp fix : act as mould


setelah kering diilentur

Panel badan daripada plywood setengah inchi dilaminasi dengan bamboo(yang digunasemula) beserta edging daripada bamboo juga..


Glu dan ikat: Sesudah edging dilakukan sedikit amplas




Sekadar eksperementasi dan juga syok sendiri.
Pintu kembar nyatoh yang masih belum digunakan pakai untok lachi kabinet di'repurpose' .

Bersambung, in sya allah.

Sunday, March 4, 2018

Minimalis Entryway Cabinet : ...Kak Dah Pulang Malam

'..Kak Dah Pulang Malam'..
Lain macam bunyinya..

Namakan apa saja hasil kerja.
sekadar sebuah kotak kayu yang dicantum-cantum ..dan digunakan sebagai tempat menyimpan pelbagai barangan.







Sebahagian kechil ...kerja-kerja kechil '...Kak Dah Pulang Malam'








ketamlah lagi..

rehat sebentar..

panel pintu




small wooden brackets : ada tugasnya di dalam kabinet ini




Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me ideas, strength, etc
Cuma sedikit lagi touch-up sebelum dihantar kepada Kak Dah.




Berjumpa lagi di lain masa, in sya Allah



Friday, February 2, 2018

Dudok..lah : have a seat please




Tempat  Dudok: Kayu meranti bukit dan kayu membatu.













Setelah disapu PU 'clear coat'

Menambahbaik: restored and upgraded 8 dining chairs


Bukannya membuat kerusi yang baru, cuma membaikpulih dan melakukan sedikit tambahan.

Antaranya menambah apron(stretcher) di hadapan kaki kerusi yang cuma berjumlah 8 buah. Ada juga yang perlu dibuat yang baru tempat bersandar(retro). Sebahagaiannya menggunakan kayu membatu, ada juga meranti bukit(berkemungkinan). 
Memang memerlukan masa tambahan berbanding membuat sesuatu yang baru.

Alhamdulillah. 
Kembali semula membuat kabinet ketchil (mini kabinet).

Bersambung di lain masa, in sha allah.