Saturday, October 13, 2018

Tweak, Lubricate, Fine Tune : New Bench Top Hollow Chisel Mortiser


Mesin baru di beli
Bukan semuanya boleh terus digunapakai.

Adakalanya ia telah lama 'terperok' di kedai peralatan mesin, kerana ianya jarang dapat di jual berbanding 'power tools'. Kena pula ianya mesin yang telah jarang digunakan di negara kita.

Jadi kenalah dilakukan sedikit tweaking, lubricating dan sedikit fine tuning untuk memudahkan kita bila menggunakan mesin yang baru dibeli.


Benchtop Hollow Chisel Mortiser Baru : ... lakukan sedikit fine tuning

Mesin Benchtop HCM light duty yang baru di beli di utara Semenanjung, sedikit liat (ketat) sewaktu pertama kali cuba digunakan.

Mesinnya bukan lah secanggih CNC, tapi bolehlah digunakan untuk kerja kerja kechil tanggam menanggam..


Buka, servis, tambah sedikit minyak, pasang kembali, fine tune x & y axis slider, laraskan spring.. bukannya ambil masa berhari-hari. Sehari pun sudah memadai.



Repurpose: Bangku lama, diubah suai tambah table top untuk BTHCM


Buat aja: Boleh juga jadi kabinet simpan mini air compressor.


Pintu BTHCM: Kita tempek-tempekkan saja merbau, meranti.



Berjumpa lagi di lain masa, in sya Allah.
Be safe.