...ada masanya bila sudah membeli ketam kayu manual yang terpakai mahupun yang baru, kadang-kadang mengetam papan yang mudah pun menjadi sulit.
Mahu sahaja dihumban ataupun 'ditongsampahkan' kerja yang belum pun bermula.
Sabar dahulu.
Subjek Industrial Arts: Sewaktu disekolah dahulu(lebih 30 tahun yang lalu..) kita gunakan ketam Bailey mahupun Stanley, tetapi nyatanya.. cuma wooden body hand plane yang nampak digunakan secara meluas oleh pengusaha perabut mahupun petukang kayu.
Tiada pula diajar cara menggunakan ketam kayu tradisional.
Untuk mudah menggunakan ketam kayu manual mungkin beberapa faktor perlu kita lihat.
Asahlah bilah mata ketam.
Setiap ketam kayu manual(walaupun yang baharu) yang dibeli perlu dilakukan sedikit 'tuning' sebelum digunakan.
Antaranya yang utama sekali... asahlah mata ketam sebelum menggunakannya. Nampak dan rasa macam tajam bilahnya.... tetapi mungkin tumpul.
'Bed Angle'
Kita pinjam bahasa Inggeris, kerana istilah di dalam bahasa kita mungkin tiada, mungkin juga saya tidak berjumpanya.
Bandingkan: Ada beza..
Standard yang selalu digunakan untuk mengetam kayu 45 darjah yang enaknya..
Kalau tinggi lagi 'bed angle' mungkin jarang digunakan, tetapi diperlukan bila tiba waktunya
Lain kerjanya: Homemade scraping plane
untuk kerja melelaskan cat atau varnish lama serta kerja finishing mencantikkan permukaan kayu.
Antara kerja yang dilakukan dengan scraping plane
Mulut Ketam
Ada sederhana
ehe..'Banyak makan': Ada luas mulutnya
'Mouth Clearance'
Serut melintang: Mudah untuk kerja-kerja 'across grain' dan 'end grain'
antaranya juga kerana mempunyai 'bed angle' 40 darjah
Contoh sahaja: Serut melintang
Plywood dilaminasikan dengan finishing bamboo mat.
Antara kerja menyerut hujung papan.
Ketam yang sama: Chamfering Hand Plane
boleh baca artikelnya di sini
Ada beberapa faktor lain lagi untuk memudahkan menyerut papan secara manual. Mungkin di atas hanya sebahagian kechil dan yang lain kita perlu google di internet untuk mengetahui lebih lanjut.
Antaranya:
Not to worry, yang penting...walaupun hanya mempunyai satu set ketam manual, lakukan sedikit 'fine tuning', guna sebaik mungkin.
Asahlah selalu bilah mata ketam manual.
Berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah.
Set bilah mata ketam manual 1 1/4" (Refurbished)
-- --