Kabinet dapur lama: Ada yang mengganti semuanya kepada yang baru atas pelbagai sebab. Opsyen kedua, sekiranya kerangka kabinet dapur tiada masalah besar seperti mengembang ataupun reput air, munkin kita boleh ganti serta tambahbaik yang perlu sahaja.
Solid Wood: Ya.. Kita Nyatohkan Dia!!!
Pintu kabinet dapur berasaskan MDF ataupun chipboard mungkin mudah kembang ataupun 'berderai' sebahagiannya. Opsyen seterusnya.. boleh juga kita tukarkan kepada 'solid wood'..mungkin meranti, mungkin nyatoh. Merbau pun boleh. Ikut kemampuan kocheck.
Kerja-kerja kechil: Manual bukan guna mesin
Apa yang boleh dilakukan, ikut ukuran lama. Cari kilang perabut kayu yang berupaya memfabrikasi pintu kabinet kayu. Kerja kita cuma lakukan sedikit amplas, 'touch-up', varnish(mahupun dicat) serta memasang engsel pintu mengikut ukuran pintu kabinet yang terdahulu, memasang pemegang pintu.
Mudah... Tidak juga. Ambil masa dan tenaga. Kerana ada kerja-kerja manual yang perlu dilakukan sebelum memasang pintu kabinet solid wood yang baru.
Lihat dan teliti: setiap panel pintu berbeza
Secara asasnya, kilang sudah membekalkan pintu yang telah kita pesan beserta telah diamplas(dan kita perlu mengamplas dengan lebih molek lagi).
Factory Sanding Marks: Perlu diamplas arah urat kayu
Kerja kita juga: Wood filler yang boleh dibeli ataupun..
Buat sendiri: Habuk kayu nyatoh daripada kerja-kerja mengamplas sebelumnya
Peralatan kechil: Untuk kerja-kerja mengamplas secara manual
Buat saja...
Ambil masa..tapi jangan terlalu lama.
Pelanggan menunggu!!!
Bersambung di lain masa, insyaAllah
-- --
July 2016
No comments:
Post a Comment